Thursday, 5 January 2017

Bunga 4 Bunga

sometimes, terasa nak berhenti jadi baik.
ye memang hati ni penuh dengan kebaikan, kelembutan, kasih sayang.


tapi,


bila ada kumbang perosak mula hinggap, ia tiada beza dengan parasit.
mula amik kesempatan.
hancurkan dengan harapan palsu, janji manis, acah-acah ambil berat.


dan bila smapai satu saat tu,


si bunga mula layu, kekeringan, calar,
si kumbang mula menghilang... 
hilang terbang bebas kemana sahaja...
si bunga masih di situ...

menghitung hari untuk dia menikmati sinar mentari...
dia lupakan kesalahan orang lain.
dia hanya tersenyum bukan sebab dia gembira,
tapi tersenyum dek kerana kebodohan sendiri.

satu demi satu kelopak bunga dia keguguran ditiup angin,
saat kelopak terakhir hampir keguguran,
dia masih berharap agar bunga lain tidak perlu rasa apa yang dia rasa.


kematian dia hanya lah sia-sia sahaja.


tiada siapa yang sedar, setiap malam dia menangis dalam diam. di siang hari dia pura-pura jadi sebuah bunga yang berseri seiringan sinaran matahari. dari zahirnya, dia kuat dan ceria tapi bantinnya, dia terluka, dia rapuh, merana kerana bnyak kumbang datang pergi dari hidup dia.... 


disaat kematian menghampiri, dia tetap berharap walaupun dia tahu benda yang sama sering berlaku. dia hanya hidup dgn berharap dan mati masih berharap juga... berharap benda baik kepada orang  lain. sehingga dia lupa dia sebenarnya dah terpejam mata untuk selama-lamanya.... .

0 comments:

Post a Comment

 
;