Friday, 6 January 2017 0 comments

AZAM TAHUN INI.

sibuk tanya pasal azam,
"apa azam baru?"
"buku baru muka baru lah"


hhhmmm.... 


tak ada azam pun. cuma.....


aku ada prinsip baru sahaja.



"jangan pernah berharap untuk dicintai walaupun sesaat"
Thursday, 5 January 2017 0 comments

Bunga 4 Bunga

sometimes, terasa nak berhenti jadi baik.
ye memang hati ni penuh dengan kebaikan, kelembutan, kasih sayang.


tapi,


bila ada kumbang perosak mula hinggap, ia tiada beza dengan parasit.
mula amik kesempatan.
hancurkan dengan harapan palsu, janji manis, acah-acah ambil berat.


dan bila smapai satu saat tu,


si bunga mula layu, kekeringan, calar,
si kumbang mula menghilang... 
hilang terbang bebas kemana sahaja...
si bunga masih di situ...

menghitung hari untuk dia menikmati sinar mentari...
dia lupakan kesalahan orang lain.
dia hanya tersenyum bukan sebab dia gembira,
tapi tersenyum dek kerana kebodohan sendiri.

satu demi satu kelopak bunga dia keguguran ditiup angin,
saat kelopak terakhir hampir keguguran,
dia masih berharap agar bunga lain tidak perlu rasa apa yang dia rasa.


kematian dia hanya lah sia-sia sahaja.


tiada siapa yang sedar, setiap malam dia menangis dalam diam. di siang hari dia pura-pura jadi sebuah bunga yang berseri seiringan sinaran matahari. dari zahirnya, dia kuat dan ceria tapi bantinnya, dia terluka, dia rapuh, merana kerana bnyak kumbang datang pergi dari hidup dia.... 


disaat kematian menghampiri, dia tetap berharap walaupun dia tahu benda yang sama sering berlaku. dia hanya hidup dgn berharap dan mati masih berharap juga... berharap benda baik kepada orang  lain. sehingga dia lupa dia sebenarnya dah terpejam mata untuk selama-lamanya.... .
0 comments

PERJALANAN

jauh lagi ke perjalanan ni?
berapa lama lagi?
bila akan habis?
sekarang ni kat mana?


*dan banyak lagi soalan yang berlegar-legar dalam kepala*


alangkah bagusnya kalau kita tahu semua jawapan kepada soalan-soalan kita.
tak perlu risau,
tak perlu takut,
tak perlu menunggu.



Wednesday, 4 January 2017 0 comments

RAGU

benci atau sayang,
complicated sanagat perasaan ni.
tergamaknya bila dia cakap


"kalau I sanggup datang just sebab U nakkan ice cream means I do care about U. kalau tak care, x de maknanya I datang malam2 mcm ni."


3 minit hati aku berbunga-bunga, 3 hari aku hilang focus. tapi hati aku sakit... sakit sebelum tahu kebenaran lagi.


WHY?


aku masih cari jawapan kenapa hati aku sakit sebelum disakiti...


aku tak kesah pasal dia dah kahwin, or ada anak. sejarah silam dia atau latar belakang dia atau apa-apa sahaja... 

AKU,

hanya hidup untuk memburu jawapan kepada keraguan aku.

Sunday, 1 January 2017 0 comments

SELFISH

tak rugi untuk pentingkan diri,
tak rugi ada ego yang tinggi,
tak rugi adanya kesombongan,
tak rugi juga kalau jual mahal.

dan...

tak rugi kalau keseorangan.

sebab hati kita tak akan sakit kalau kita sedikit pentingkan diri. lebih baik lindungi hati yang tak nampak daripada luka yang berdarah. luka berdarah boleh dirawat dengan segera. hati yang sakit mungkin ambil masa yang lama untuk pulih dan makan masa bertahun-tahun.


lindungilah hati jauh lebih baik daripada lindungi luka berdarah.



SELAMAT TAHUN BARU, 2017.
 
;